Compare and Sharing

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Sihat ke sahabat-sahabat ainaa harini? Musim tengkujuh dah dekat. Walaupun sesetengah kawasan yang hujan dan ada juga yang panas, kita kena pastikan air dalam badan kita mencukupi https://www.youtube.com/watch?v=K1SFyadb-ak. Haa… nak jadi follower ainaa kena sihat-sihat belaka ye… dalam mengejar era pemodenan dan perkembangan teknologi yang semakin pantas ini, ainaa jumpa banyak sangat aplikasi yang dapat membantu kita untuk menjaga kesihatan dengan betul. Antaranya, aplikasi yang mengira langkah kita setiap hari, pengiraan kalori setiap hidangan yang kita ambil, bagi perempuan pon ada iaitu pengiraan kitaran haid kita. Jadi mudah kan kita nak jaga kesihatan?? cuma nak atau tidak je. So, harini ainaa ingat nak buat comparison lah. Disebabkan banyak sangat aplikasi kesihatan. Tak salah kalau kita nak pilih yang terbaik kan? Ainaa nak compare aplikasi reminder kita untuk minum air. Air suam yea.. Bukan air boba ke air teh ais ke air katira. Air suam ;) sebelum ainaa nak compare, ainaa akan bagi information sikit tentang air suam. Ini adalah kelebihan apabia kita minum banyak air suam berbanding air ais atau air manis.

1. Membersihkan Tubuh
Air suam cukup efektif dalam membersihkan tubuh. Jika sistem penghadaman anda kurang baik, dengan mudah kita dapat mengatasinya dengan minum segelas air suam, dua kali sehari. Minum segelas air suam pada pagi hari juga dapat membersihkan tubuh dari racun dan memperbaiki sistem yang rosak di dalam tubuh. Kita juga boleh mencampurkan air suam dengan madu atau lemon untuk mendapatkan hasil yag lebih baik.

2. Mengurangkan Kesakitan
Minum segelas air panas suam adalah ubat yang efektif untuk menyembuhkan sakit menstruasi (sakit perut ketika haid). Jika kita kaum hawa mengalami sakit perut, sakit kepala atau sengal-sengal badan masa haid, itu normal,jadi  minum segelas air suam adalah cara paling pantas untuk merawatnya.

3. Mencegah Sembelit
Sembelit merupakan masalah perut yang kerap dialami oleh ramai orang. Selepas bangun tidur pada pagi hari, minumlah segelas air suam dalam keadaan perut kosong untuk meningkatkan gerakan usus yang akan dapat menyembuhkan sembelit. Air suam juga boleh memecah partikel makanan dan membawanya melalui usus. Haa.. bagus kan??

4. Mengeluarkan Peluh
Adakalanya bila kita minum air suam, peluh akan keluar. Ketika itu, suhu tubuh kita meningkat, air cuba untuk mendinginkan suhu melalui peluh. Berpeluh boleh membantu membersihkan sel-sel kulit.

5. Kawal Berat Badan
haa.. ini yang ainaa sedang praktiskan. Jadi kalau ada yang tengah baca ni nak kurus, boleh lah try. Minum segelas air suam dengan lemon dan madu pada setiap hari selepas makan. Cara ini sangat membantu dalam menurunkan berat badan yang berlebihan. Air suam akan memecah timbunan lemak dalam tubuh dan membantu dalam proses penurunan berat badan. Manakala lemon yang memiliki pektin serat akan mengawal keinginan kita untuk makan yang ramai cakap disebabkan nafsu tu kan?? hihihi.

6. Melancarkan Perjalanan Darah
Selain membakar timbunan lemak yang ada dalam badan kita ni, minum air suam juga dapat melancarkan perjalanan darah dalam tubuh kita juga tau, serta mengeluarkan racun berbahaya dari dalam tubuh. Ha .. terkejut kan?
7. Mengatasi Selsema Dan Batuk
Iritasi yang terjadi pada tekak atau tonsil disebabkan batuk memang menyakitkan. Minum air suam boleh mengurangkan sakit tekak, batuk berkahak dan membantu kahak keluar dengan mudah.

Okay, mari kita mula untuk compare aplikasi peringatan untuk minum air. Dulu, masa ainaa guna phone oppo, ainaa pernah install satu apps ni. Nama dia “ Water Tracker: Water Drinking Reminder App”. Panjang kan? Jenoh jugak nak ingat dan cari balik. Hahahaha. Tapi bagus juga apps ni. Sebab kita akan record berapa banyak air kita minum, portion air tu banyak mana. Dan apabila dah cukup sebulan, dia akan bagi graf corak saya minum air banyak mana dan watu bila. Tujuan saya install apps tu sebenarnya macam perempuan-oerempuan lain, nak kurus dan sihat secara natural lah katakan.. Tapi menjadi jugaklah.. turun dalam 3-4 kg dalam masa 2 minggu. Masa saya nak masuk U, saya beli phone baru, iaitu vivo. Saya pon baru je guna phone ni dan saya terus cari apps drinking reminder tu balik. Tapi, specialnya zaman teknologi sekarang, vivo ni dah ada apps sendiri. Canggihkan? Saya pon teroka apps tu. Sebenarnya lebih kurang je dengan apps yang lama saya guna masa guna phone oppo tu tapi saya suka yang baru ni sebab dia akan sentiasa remind kita dan yang penting offline. Siapa tak nak kan benda yang free dan offline ni. Huhuhu .. sebenarnya ada lagi apps yg free dalam vivo ni yang menjaga kesihatan kita iaitu pengiraan berapa steps kita dalam masa sehari. Hebat :0 jadi, saya lebih memilih untuk yang offline ni sebab jima data saya. Dan saya nak ubah perspektif orang yang benda sihat tidak semestinya mahal cuma atas diri kita sendiri. Okay sampai sini saja.. nanti ainaa akan kongsi lagi tips-tips kesihatan dan lain-lain lagi yea.. bye!!!

Mukadimah

Assalamualaikum w.b.t semua.. ini merupakan post saya yang pertama. Jadi, sebelum saya membuka tirai blog saya ini, saya nak kongsikan kenapa saya memberi nama blog saya  “Ainaacare”. Sebenarnya, saya merupakan pelajar tahun kedua Universiti Malaysia Kelantan dan mengambil kos Keusahawanan Kesihatan. So, saya nak menjadikan blog ini sebagai perantaraan saya untuk berkongsi info-info kesihatan. Contohnya,
 cara pemakanan yang betul mengikut sains dan islam, cara kita nak kira BMI yang betul, senaman yang terbaik untuk organ-organ yang tertentu, dan lain-lain lagi. Take note yea semua, Dia telah anugerahkan kita tubuh badan yang sihat. Dan kita pula dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menghargai dengan apa yang kita dapat. 

comparison

Compare and Sharing

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Sihat ke sahabat-sahabat ainaa harini? Musim tengkujuh dah dekat. Walaupun sesetengah kawasan ...